fbpx

Pochettino yakin masa depan terjamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POCHETTINO (kiri) merasakan beliau masih mendapat kepercayaan daripada pemilik dan pengurusan pasukan untuk terus menggalas tugasnya. – AFP

CHELSEA – Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino tetap merasakan masa depannya bersama kelab itu masih terjamin meskipun beliau gagal menghadiahkan kejuaraan dan bergelut untuk mencabar dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Kegagalan The Blues merangkul trofi Piala Liga Inggeris (EFL) selepas tewas 0-1 kepada skuad simpanan Liverpool pada final di Wembley baru-baru ini merupakan satu kerugian besar buat Pochettino.

Malah, nama pengurus Brentford, Thomas Frank kini hangat disebut-sebut mampu menjadi calon alternatif untuk menggantikan tempat bekas pengurus Paris Saint-Germain itu sekiranya dipecat selepas ini.

Bagaimanapun, Pochettino, 51, berharap pemilik Chelsea, Todd Boehly bersabar dan memberikan masa kepadanya untuk memulihkan reputasi kelab berkenaan kembali digeruni seperti sebelum ini.

“Kami telah menjalin kerjasama dengan sangat baik dalam tempoh lapan bulan ini. Namun, semua ini memerlukan masa le­bih-lebih lagi untuk pemain mendapat keyakinan dengan projek yang sedang kami lakukan.

“Masa adalah masalah utama, tetapi kami perlu bersabar untuk kembali memenangi perlawanan. Kami juga perlukan kesabaran daripada pemilik pasukan tentang sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.

“Jujurnya saya mendapat kepercayaan yang penuh daripada pemilik pasukan. Saya begitu kecewa ketika kami tewas di Wembley, tetapi Behdad (Eghbali) dan Todd (Boehly) memberikan sokongan yang penuh,” katanya.

Disebabkan itu, Pochettino mahu membalas kepercayaan tersebut dengan memastikan kemenangan ke atas Brentford menjelang aksi di Stadium Komuniti Gtech malam ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI