fbpx

Saintis jumpa spesies ikan ‘berjalan’ di dasar laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
"IKAN berjalan' ditemui oleh saintis di luar pantai Chile baru-baru ini. - Foto Institut Kelautan Schmidt

SANTIAGO, Chile –  Sebuah pasukan saintis antarabangsa menemui lebih 100 spesies marin baharu di kawasan pergunungan dasar laut di luar pantai Chile, lapor portal berita Wion News semalam.

Pasukan saintis diketuai Profesor Madya Erin Easton dari Universiti Rio Grande Valley, negeri Texas itu melakukan kajian mengenai Rabung Nazca, Rabung Salas y Gomez dan Rabung Juan Fernandez.

Menurut portal berita Voice of America, pasukan saintis itu meneroka kawasan laut dalam  dengan menggunakan kapal selam robot  kawalan jauh dan mengambil spesimen.

Antara penemuan mereka ialah spesies ikan ‘berjalan’ berwarna merah dan bermata besar.

Ia mempunyai sirip bagi membolehkannya berjalan di dasar lautan.

Pengarah Eksekutif Institut Lautan Schmidt, Jyotika Virmani berkata: “Sebagai tambahan kepada spesies baharu, mereka (saintis) menemui empat gunung baharu di dasar laut ,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI