fbpx

Sofea Auni ditemui selamat di Kepala Batas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sofan Feroza menunjukkan gambar Sofea Auni Adilah yang sebelum ini dilaporkan hilang.

SUNGAI PETANI – Remaja perempuan yang hilang ketika berada di rumah ibunya di Bandar Amanjaya, di sini Selasa lalu ditemui selamat di Kepala Batas, Pulau Pinang pada semalam.

Bapa remaja tersebut, Sofan Feroza Mat Yusop, 45, berkata, susulan itu, laporan kehilangan anaknya, Sofea Auni Adilah, 14, telah ditarik balik setelah mangsa ditemui.

Katanya, dia pada semalam menerima makluman melalui panggilan telefon memaklumkan bahawa anaknya itu ada bersama seorang lelaki di Kepala Batas dan bergegas ke sana bagi mendapatkannya.

“Pada pukul 6.30 petang, saya sampai di Kepala Batas dan menuju ke tempat yang dimaksudkan dan menemui anak saya.

“Ketika itu dia turut ditemani seorang lelaki berusia awal lingkungan 20-an yang mengaku mengambil anak saya pada malam itu di padang berdekatan rumah bekas isteri saya di Bandar Amanjaya, Sungai Lalang,” katanya di sini hari ini.

Hantaran Sofan pada akaun Facebooknya mengenai penemuan anaknya semalam.

Kosmo Online semalam melaporkan seorang bapa merayu anak perempuannya yang berusia 14 tahun yang menghilangkan diri sejak dua hari lepas pulang segera ke pangkuan keluarga.

Menurut Sofan, dia kemudian membawa anaknya itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan yang dihubungi berkata, seorang lelaki ditahan untuk membantu siasatan berkaitan kes kehilangan remaja perempuan berkenaan.

“Remaja perempuan itu dihantar untuk pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim sebaik dibawa bapanya ke IPD lewat petang semalam.

“Suspek kini dalam proses permohonan reman untuk membantu kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI