fbpx

Etnik Rohingya dalang palsu dokumen, kaut ratusan ribu sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Usuf pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang, hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

GEORGE TOWN – Polis berjaya membongkar kegiatan sindiket pemalsuan dokumen dan menyediakan kemudahan kepada warga asing yang didalangi etnik Rohingya menerusi 16 serbuan berasingan di Pulau Pinang dan Arau, Perlis, bulan lalu.

Dalam serbuan yang dijalankan bermula 14 Februari lalu di Seberang Perai Tengah (SPT), Seberang Perai Utara (SPU) dan Arau, Perlis itu, polis menahan 14 suspek termasuk tiga rakyat tempatan yang kesemuanya berusia antara 18 hingga 63 tahun.

Mengikut pecahan, suspek warga tempatan terdiri dua lelaki dan seorang wanita, manakala etnik Rohingya pula seramai lapan lelaki bersama tiga wanita.

Sindiket itu dipercayai mengaut keutungan ratusan ribu ringgit sebulan dan mempunyai ejen-ejen yang terdiri daripada etnik Rohingya di sekitar kawasan utara.

Difahamkan, warga tempatan yang terlibat dengan sindiket ini pula dipercayai membenarkan nama mereka digunakan untuk tujuan membeli kenderaan bagi dijual kepada warga asing.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, sindiket itu yang aktif sejak dua tahun lalu didapati mencetak dan menjual kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), visa dan pasport palsu serta dokumen palsu lain yang didalangi lelaki etnik Rohingya berusia 63 tahun.

“Sindiket ini akan menjual kad UNHCR dengan harga RM1,000, sindiket ini turut menjual dokumen-dokumen palsu lain kepada pelarian dan bayaran dikenakan adalah antara RM150 hingga RM1,000.

“Sindiket ini didapati menjalankan aktiviti mencetak dokumen palsu di sebuah rumah flat yang disewa di Butterworth, manakala dalang utama sindiket tinggal di kawasan lain di Bukit Mertajam,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI