fbpx

Gubal undang-undang kawal tindakan derhaka kepada Raja-Raja Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pemuda UMNO menyarankan satu undang-undang khas digubal untuk mengawal tindakan tidak beradab dan derhaka terhadap Institusi Raja-Raja Melayu sejajar dengan prinsip Rukun Negara.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, Institusi raja bukan modal untuk meraih dividen politik bagi survival mana-mana individu atau parti politik, sebaliknya harus dimartabat, dipelihara dan dihormati.

“Kenyataan yang dibuat oleh beberapa pimpinan politik terhadap institusi raja baru-baru ini menunjukkan sikap yang tidak beradab dan mewujudkan prasangka terhadap institusi raja.

“Pemuda UMNO mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang tidak menghormati institusi raja dan akan terus menegur mana-mana individu atau parti (politik) yang melakukan sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Akmal berkata, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah membuat kenyataan sinis yang secara tidak langsung mengaitkan titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dakwa beliau, Abdul Hadi mengaitkan dengan sikap raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata.

“Kedua berhubung Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang pula dalam satu kenyataan mengulas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Pembukaan Parlimen Penggal Keempat, Parlimen Ketiga Belas.

“Beliau menyatakan “Agong telah crossed the line”. Kedua-dua ahli politik ini telah membuat satu kenyataan yang amat tidak bersesuaian serta tidak beradab daripada sudut orang Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu,” katanya.

Menurutnya, beliau sebaliknya yakin konteks yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor bertujuan memastikan keharmonian, kestabilan dan kesatupaduan rakyat terus terpelihara dan fokus diberi sepenuhnya kepada usaha memajukan negeri dan negara.

Tambahnya, beliau juga yakin Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor amat arif serta mendapat nasihat dan pandangan yang cukup berkenaan soal Perlembagaan dan tugas sebagai pemelihara Islam sebagai agama rasmi Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI