fbpx

Malaysian University juara MHL 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain, kejurulatihan dan pengurusan Malaysian University meraikan kejayaan menjuarai MHL 2024 di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Malaysian University menepati ramalan apabila bergelar juara Liga Hoki Malaysia (MHL) Wanita 2024, sekali gus merangkul kejuaraan kedua musim ini.

Bagaimanapun, kejayaan tersebut tidak hadir dengan mudah apabila pemenang Piala Sumbangsih itu terpaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan 2-1 ke atas CS Mustang HT sebentar tadi.

Kemenangan tipis pada aksi terakhir liga di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu amat bermakna, sekali gus menabalkan Malaysian University sebagai juara baharu MHL 2024.

Ketua jurulatihnya, Lailin Abu Hassan gembira dengan prestasi ditampilkan barisan pemain terutama selepas mereka terlebih dahulu ketinggalan satu gol kepada lawan hasil jaringan Nur Irdina Asnida Mohd. Yusni seawal minit kelapan.

“Saya berpuas hati secara keseluruhan walaupun kami ketinggalan, tetapi pemain bangkit untuk menjaringkan dua gol dan memenangi perlawanan.

“Kami sudah mencapai sasaran meraih dua piala musim ini (Piala Sumbangsih dan MHL 2024) dan sekarang tinggal satu lagi untuk merealisasikan hasrat pengurusan,” katanya.

Dua gol Malaysian University dalam aksi itu diperoleh menerusi Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad dan Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri pada minit ke-12 serta 23.

Selepas ini, Malaysian University akan memburu trofi seterusnya iaitu Piala Vivian May Soars, namun perlu berentap dengan Negeri Sembilan untuk aksi separuh akhir pada 5 dan 7 Mac ini.

Satu lagi aksi separuh akhir mempertemukan pasukan tempat kedua, Liaoning Womens Hockey Team dari China menentang PDRM Blue Warriors yang mengesahkan tempat ketiga liga selepas menang 2-0 ke atas Qnet Phoenix. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI