fbpx

Usaha sama Cast Inc, Beyond Horizon sedia penyelesaian dalam bidang minyak, gas, petrokimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Fadzly (dua dari kanan) bersama Kei Nakatsuma menunjukkan dokumen MoU antara Beyond Horizon dan Cast Inc yang dimeterai di Cyberjaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kerjasama antara syarikat pemula dari Jepun, Cast Inc dan syarikat bumiputera, Beyond Horizon bakal menawarkan penyelesaian komprehensif dalam ujian ketebalan logam bagi industri minyak dan gas serta petrokimia.

Kerjasama yang dimuktamadkan melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua syarikat itu dimudahcarakan oleh syarikat Leave a Nest Group menerusi platform Center of Garage, khusus untuk membangunkan ekosistem syarikat pemula di dalam dan luar negara.

Pengarah Teknikal Beyond Horizon, M. Fadzly M. Khalil berkata, usaha sama itu akan membolehkan kedua-dua entiti menggabungkan kepakaran dan keunikan masing-masing bagi menawarkan perkhidmatan komprehensif buat pelanggan.

Menurut beliau, perbinca­ngan telah bermula sejak Oktober lalu dan projek gabungan antara dua syarikat itu bakal dilaksanakan pada suku kedua atau suku ­ketiga tahun ini.

“Untuk fasa awal gabungan ini, kami mengintai peluang untuk memperoleh nilai kontrak antara RM300,000 hingga RM400,000 dari pelanggan di Malaysia dan Jepun,” katanya selepas majlis menandatangani MoU di Cyberjaya baru-baru ini.

Presiden Cast Inc, Kei Nakatsuma menerangkan, ini adalah kerjasama pertama yang dime­terainya di luar Jepun.

Katanya, teknologi Cast menggunakan penderia dikenali sebagai Ultrasonic Testing (UT) yang mengambil ukuran ketebalan logam dan diletakkan secara kekal di permukaan logam.

Sementara Beyond Horizon adalah perintis teknologi dron dan robotik yang boleh melakukan pemeriksaan di kawasan sukar serta bahaya untuk dilaksa­nakan oleh manusia se­perti kawasan sempit serta tinggi, yang mana dron akan diterbangkan di kawasan tersebut untuk membuat pemeriksaan menyeluruh sekiranya berlaku kerosakan dan kebocoran selain mengambil data yang melibatkan ketebalan paip.

“Masing-masing ada kelebihan dan melaluinya kami akan dapat menyediakan lebih data bagi meningkatkan daya saing serta kapasiti pelanggan, juga mengurangkan risiko bagi mengelak sebarang kemalangan pada masa depan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI