fbpx

4 pasangan bernikah atas motocross

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jurunikah turut duduk di atas motocross ketika ijab kabul berlangsung. – Instagram

JAKARTA – Empat pasangan pengantin baharu di Magelang, wilayah Jawa Tengah dinikahkan dalam satu majlis  unik iaitu sambil duduk di atas motocross, lapor portal berita Okezone kelmarin.

Majlis yang  berlangsung di Pejabat Urusan Agama (KUA) itu menyaksikan jurunikah dan saksi turut duduk di atas motosikal sambil menghadap setiap pasangan.

Konsep unik itu diketengahkan oleh Forum Taaruf Indonesia (Fortais) dengan matlamat agar setiap pasangan mampu menghadapi semua cabaran kehidupan pada masa hadapan.

Dalam acara tersebut, keempat-empat pasangan pengantin bergilir-gilir dinikahkan oleh jurunikah.

Sejurus disahkan sebagai pasangan suami isteri, pengantin lelaki yang duduk di hadapan terus menghidupkan enjin motosikal sambil dibonceng si isteri.

Majlis itu menjadi perhatian pengguna media sosial dengan ramai yang memberikan komen.

“Nanti mereka boleh menamakan anak yang mempunyai unsur motocross,” kata seorang netizen.

“Orang Magelang memang unik. Sebelum ini ada yang berkahwin dengan periuk nasi, sekarang begini pula (kahwin atas motosikal),” kata netizen lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI