fbpx

Bangladesh catat 2 kematian virus Nipah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WHO mengeluarkan amaran selepas dua kematian akibat jangkitan virus Nipah dicatatkan di Bangladesh. - AFP

DHAKA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran selepas dua kes jangkitan virus Nipah yang mengakibatkan kematian dilaporkan di Bangladesh, lapor laman berita Daily Caller semalam.

Kedua-dua pesakit meninggal dunia akibat jangkitan (Nipah), demikian menurut WHO dalam penilaian risikonya yang kini diberikan rating ‘sederhana’.

Kes pertama melibatkan seorang lelaki yang dibawa ke sebuah hospital di daerah Manikganj, Dhaka. Pesakit mengalami simptom seperti sukar bernafas, lesu, demam dan insomnia. 

Dia kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), ditidurkan dan dipindahkan ke hospital lain untuk lawatan lanjut sebelum meninggal dunia pada 28 Januari lalu.

Pesakit kedua pula merupakan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, juga dari Dhaka. Dia mengalami sawan, sering pitam dan demam panas sebelum meninggal dunia pada 31 Januari lepas.

Pesakit pertama mempunyai sejarah kontak rapat dengan sekurang-kurangnya 91 orang sejak 30 Januari lalu, di mana 11 daripada mereka ialah ahli keluarganya.

Pesakit kedua pula dipercayai mempunyai 67 kontak setakat 7 Februari 2023. Kesemua kontak rapat yang diuji didapati negatif virus tersebut setakat ini.

Nipah ialah penyakit zoonosis bawaan kelawar yang merebak dengan cepat antara haiwan kepada  manusia. Ia berjangkit melalui air liur, air kencing dan najis, serta boleh dipindahkan antara manusia, demikian menurut WHO. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI