fbpx

Pandelela, Mun Yee tepati ramalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANDALELA (kanan) dan Mun Yee tidak berdepan masalah untuk mempamerkan aksi terbaik pada kejohanan kali ini.

SKUAD terjun negara menutup Kejohanan Terjun Antarabangsa yang pertama kali dianjurkan secara maya dengan penuh cemerlang menerusi tambahan tiga pingat emas pada saingan hari terakhir di Pusat Akuatik Nasio­nal, Bukit Jalil semalam.

Gandingan terjun Olimpik negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila mudah mendominasi acara 10 meter (m) platform seirama de­ngan pungutan 287.64 mata ke­seluruhan.

Bagi Pandelela, ratu terjun kebangsaan itu sangat berpuas hati kerana dapat memberikan fokus terbaik meskipun sudah lama tidak merasai suasana pertan­dingan sebenar sejak Kejohanan Terjun Siri Dunia di Montreal, Kanada pada Mac lalu.

“Tiada masalah bagi saya dan semasa pertandingan pun saya sangat fokus. Saya bangga kerana Malaysia mampu menganjurkan kejohanan online seperti ini buat pertama kali.

“Walaupun ada sedikit cabaran semasa persediaan tetapi apa yang penting ialah semuanya selamat dan berjalan dengan lancar,” katanya.

Mun Yee juga senada de­ngan Pandelela dan menyifatkan pertandingan itu dapat membantu persediaan mereka menghadapi kejohanan lebih besar tahun depan seperti Terjun Siri Dunia sekitar Mac dan Sukan ­Olimpik Tokyo pada Julai 2021.

Turut cemerlang semalam ialah Wendy Ng Yan Yee yang berjaya menjuarai 3m papan anjal individu sekali gus meraih pingat emas kedua kejohanan selepas memenangi acara 3m seirama bersama Nur Dhabitah Sabri kelmarin.

Satu lagi pingat emas yang dimenangi skuad terjun negara semalam ialah menerusi gandi­ngan Chew Yiwei dan Ooi Tze Liang dalam acara 3m seirama lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN