fbpx

SMC berada dalam senarai 250 hospital terkemuka dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lau Beng Long (kiri) pada majlis meraikan nama SMC yang disenaraikan dalam 250 hospital terkemuka di dunia.

PETALING JAYA – Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) kini berada dalam senarai 250 hospital terkemuka dunia dalam ranking Hospital Terbaik Dunia Newsweek 2024.

Sebanyak 2,400 hospital dari 30 buah negara telah disenarai pendek termasuk hospital awam, hospital pengajar universiti dan pusat perubatan swasta tetapi hanya 250 hospital terkemuka disenaraikan dalam senarai global. 

Presiden Kumpulan Penjagaan Kesihatan SMC, Datuk  Lau Beng Long berkata, tahun ini adalah kali pertama hospital dari Malaysia meletakkan posisi dalam ranking tersebut.

“Kami amat berbesar hati kerana SMC, walaupun boleh dianggap hospital yang masih hijau, telah diiktiraf sebagai antara hospital terbaik dunia dalam ranking yang membariskan nama-nama seperti Mayo Clinic (Amerika Syarikat), Hospital Besar Singapura, Hospital Diraja Prince Alfred (Australia), dan Hospital Universiti Tokyo (Jepun),” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Beng Long, ini adalah cara terbaik buat Kumpulan bagi meraikan ulang tahun ke-25 pada tahun ini, seiring dengan sasaran untuk meningkatkan lagi standard penjagaan menerusi rawatan inovatif berpusatkan pesakit, pendigitalan dan menyediakan perkhidmatan klinikal yang komprehensif

Ditubuhkan pada tahun 1999, SMC merupakan hospital kuarterner swasta terbesar di Malaysia dengan kapasiti 724 katil berlesen dan terdiri daripada lebih 40 bidang kepakaran. Ia juga mendapat akreditasi daripada The Australian Council on Healthcare Standards. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI