fbpx

EPL: Arteta idam penggempur baharu Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VLAHOVIC dianggap pemain yang sesuai untuk mengetuai jentera serangan Arsenal dan mampu meledak banyak gol secara konsisten. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berhasrat untuk mendapatkan penyerang baru pada jendela musim panas dan beliau sudah mempunyai beberapa nama besar yang sudah berada dalam senarai pendek.

Duo penyerang Arsenal, Gabriel Jesus dan Eddie Nketiah hanya berjaya menjaringkan sembilan gol dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini menyebabkan Arteta berazam untuk menambah kekuatan di jentera serangan mereka.

Nketiah juga memberikan gambaran bahawa beliau mungkin bakal meninggalkan Arsenal pada akhir musim ini kerana pemain itu menjadi sasaran utama Crystal Palace.

Justeru, Arsenal telah menyenaraikan nama beberapa penyerang yang mungkin akan dilamar pada musim panas ini.

Antara yang menjadi sasaran mereka adalah penggempur Napoli, Victor Osimhen, penyerang Brentford, Ivan Toney dan Ollie Watkins dari Aston Villa antara yang dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates.

Jika Arsenal berjaya mendapatkan penyerang yang mampu menjaringkan 20 gol setiap musim, itu mungkin mencukupi untuk menjadikan mereka pencabar tetap untuk gelaran EPL.

Bekas pemain dan wartawan Janusz Michallik berpendapat bahawa penyerang Juventus, Dusan Vlahovic adalah pilihan yang tepat untuk The Gunners menguatkan jentera serangan mereka.

Michallik percaya bahawa Vlahovic boleh menjadi sumber gol yang konsisten yang diidamkan oleh Arsenal.

Bagaimanapun, pemain antarabangsa Serbia itu telah dikaitkan dengan Manchester United dan Chelsea dalam beberapa bulan terakhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI