fbpx

Nur Balqisya hilang selepas main basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Balqisya yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu.

KUALA SELANGOR – Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang selepas bermain basikal seorang diri di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Baru Assam Jawa, di sini.

Kehilangan Nur Balqisya Qazriena Muhammad Afizal, 15, sejak Ahad lalu disedari ibunya selepas tidak pulang ke rumah untuk makan malam.

Ibunya, Erni Yusnita Saimo, 45, berkata, Nur Balqisya dilihat bermain basikal oleh salah seorang anak saudaranya setelah pergi ke rumah neneknya kira-kira pukul 6 petang.

Katanya, selepas itu dia mencari Balqisya Qazriena di rumah ibunya itu, namun remaja tersebut tiada.

“Apa yang ditemui cuma basikalnya di kawasan ladang kelapa sawit pada pagi Isnin lalu. Saya cuba hubungi Balqisya Qazriena namun tidak berjawab,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Kerani kilang itu memaklumkan, semasa kejadian anaknya memakai baju sejuk dan berseluar panjang berwarna hitam.

Ujarnya, beberapa lokasi termasuk di Sekinchan dikunjungi bagi mencari anaknya susulan maklumat diterima daripada beberapa individu yang melihat kelibat Balqisya Qazriena.

“Susulan itu, saya membuat laporan berhubung kehilangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada petang Isnin lalu untuk tindakan selanjutnya.

“Sekiranya ada yang mempunyai maklumat mengenai Balqisya Qazriena boleh menghubungi saya di talian 0182214617,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superitenden Ramli Kasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan usaha sedang giat dilakukan bagi mengesan Balqisya Qazriena. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI