fbpx

Jurulatih, pemain pertahanan dari Jepun mantapkan KUFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Higashiyama (dua dari kanan) dan Tanagawa (kiri) diperkenalkan pada majlis pengenalan jurulatih serta pemain baharu KUFC musim depan di Kota Bharu, kelmarin.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

BEKAS pengendali Kuching City, Akhira Higashiyama dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Presiden KUFC, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, keputusan memilih Akhira, 31, itu dibuat berpandukan kepada keupayaan pengendali berkenaan mempamerkan kebangkitan luar biasa ketika membantu Kuching City pada musim lalu.

“Akhira telah menunjukkan prestasi cukup baik musim lepas apabila diberikan mandat penuh dalam beberapa perlawanan ter­akhir bersama pasukan itu. Dia juga merupakan watak penting yang membawa Kuching City FC mara sehingga aksi suku akhir Piala­ Malaysia sebelum tewas tipis 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Orang Jepun ini kuat bekerja, jadi KUFC mahu mengambil semangat itu dalam membina pasukan bagi mengharungi saingan Liga Perdana 2021 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KUFC dengan rakan strategik pasukan itu Yakult (M) Berhad di Kota Bharu kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu, Penasihat KUFC, Wan Roslan Wan Hamat; Pengarah Urusan Yakult (M) Berhad, Hiroshi Hamada dan Timbalan Presiden KUFC, Datuk Zamri Ismail.

Mengulas lanjut, Che Abdullah memberitahu, KUFC turut meng­umumkan Yuki Tanagawa, 23, sebagai pemain import yang akan menguatkan barisan pertahanan skuad itu musim depan.

Dalam perkembangan lain, Che Abdullah menetapkan sasaran KUFC layak ke saingan Liga Super dalam tempoh tiga tahun bermula sekarang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI