fbpx

Belum ada zuriat sendiri, Iedil Dzuhrie sibuk ‘besarkan’ 7 anak kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Iedil Dzuhrie dan isteri, prisia Nasution tidak tertekan apabila masih menunggu zuriat selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

PETALING JAYA – Pelakon Iedil Dzuhrie dan isterinya, Prisia Nasution tidak merancang untuk melakukan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Walaupun belum dikurniakan rezeki untuk menimang zuriat sendiri, Iedil ketika ditemui berkata, dia dan isterinya sibuk memberi fokus ‘membesarkan’ tujuh ekor anak kucing yang mereka pelihara di rumah.

Ujar Iedil atau nama sebenarnya Tengku Iedilzuhrie Putra Tengku Alaudin, selain kucing, mereka juga ada memelihara dua ekor kura-kura dan landak mini (Hedgehog) yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

“Buat masa ini saya dan isteri fokus dengan anak-anak kucing yang kami pelihara di rumah. Ada tujuh ekor semuanya. Selain kucing, saya juga ada memelihara dua ekor kura-kura dan Hedgehog.

“Rumah saya sudah jadi seperti zoo sekarang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bukan tidak teringin untuk mendapatkan zuriat sendiri, Iedil yang ditemui semasa majlis doa selamat dan sidang media filem Jangan Pandang Belakang 2 baru-baru ini akur apabila belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

“Belum ada rezeki. Doa-doakanlah saya dan isteri diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata. Setakat ini kami belum merancang untuk buat rawatan IVF walaupun ada yang pernah cadangkan kepada kami untuk lakukannya.

“Berbalik pada rezeki, kalau adalah. Lagi pun kami tidak tertekan pun dengan perkara ini,” katanya.

Ketika disoal tentang cadangan untuk mengambil anak angkat, pelakon filem MALBATT: Misi Bakara itu mengakui ada terfikir untuk mengambil anak angkat, namun bukan dalam masa terdekat.

“Pernah terfikir juga untuk ambil anak angkat. Sekurang-kurangnya saya boleh beri anak itu peluang dan kehidupan yang lebih baik.

“Cuma buat masa sekarang, saya dan isteri belum merancang untuk mengambil anak angkat dalam masa terdekat. Lagi pun tahun ini kami agak sibuk.

“Kami juga merancang untuk pergi bercuti bila anak masa terluang nanti. Sudah setahun sebenarnya kami tidak bercuti bersama-sama,” katanya.

Untuk info, Iedil mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah asal Indonesia, Prisia Nasution atau nama lengkapnya Prisia Wulandari Nasution pada 1 Jun 2016.

Selepas berkahwin, Iedil mengambil keputusan untuk menetap di Jakarta, Indonesia selain demi mengembangkan sayap lakonannya ke negara tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI