fbpx

Gaji besar di Singapura, hidup bergelandangan di Johor Bahru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIAN SOON (empat dari kanan) melakukan pemantauan terhadap gelandangan di sekitar bandaraya Johor Bahru malam kelmarin.

JOHOR BAHRU – Bekerja di Singapura dengan gaji mencecah ribuan ringgit, namun menjadi gelandangan di bandar raya ini.

Itu realiti kehidupan sebahagian ‘gelandangan’ di kawasan sekitar ibu negeri Johor ini sehingga mencemarkan pemandangan dan mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, ada gelandangan tersebut yang bekerja di seberang tambak, tetapi mereka tidur, membuang sampah, mabuk serta membuang air kencing di kawasan awam.

Katanya, kawasan tumpuan pelancong khususnya di Sungai Segget dan Jalan Wong Ah Fook di pusat bandar ini dibanjiri golongan tersebut pada waktu.

Difahamkan, mereka yang merupakan rakyat tempatan mencari makan di Singapura pada sebelah siang dan menjadi gelandangan pada waktu malam sebelum kembali ke negara jiran untuk bekerja pada keesokan harinya.

“Sebelum ini, saya menerima aduan daripada penduduk berhubung pertambahan gelandangan di kawasan Sungai Segget dan Jalan Wong Ah Fook termausk yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Perbuatan gelandangan ini memberi kesan kepada penduduk tempatan dan pelancong yang mahu bersiar-siar di kawasan tersebut selain menjadi punca kerosakan harta awam,” katanya.

Terdahulu, Tian Soon melakukan tinjauan bersama pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Johor Bahru.

Menurut Tian Soon, MBJB perlu memastikan persekitaran di sini berada dalam keadaan ceria dan bersih daripada kegiatan yang tidak baik.

“Pegawai MBJB mengarahkan mereka untuk meninggalkan lokasi dan memberi amaran agar mereka tidak melakukan perbuatan yang tidak senonoh di tempat awam.

“Saya telah meminta MBJB untuk mengarahkan lebih banyak pegawai penguat kuasa untuk terus memantau di kawasan tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, beliau akan mengambil tindakan proaktif bagi memastikan keadaan ini tidak berlarutan bagi menjaga imej dan kebersihan bandar raya ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI