fbpx

Remaja perempuan lemas, terjatuh ketika cuci pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja perempuan ditemui lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam sungai ketika mencuci pakaian di Sungai Ansip, Keningau petang semalam. -Foto IHSAN BOMBA

KENINGAU – Seorang remaja perempuan ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam sungai ketika mencuci pakaian di Sungai Ansip, di sini petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Juliana Gabriel, 17, ditemukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau pada pukul 7.18 malam tadi.

Ketua BBP Keningau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.12 petang sebelum sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama 10 anggota digerakkan ke lokasi.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan menggunakan kaedah ‘surface water rescue’ dan selaman,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Sharudy memaklumkan, pasukan bomba menemukan mayat mangsa pada kedalaman tiga meter dan pada jarak tiga meter dari lokasi remaja tersebut terjatuh.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa naik ke daratan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI