fbpx

Aktres Black Panther siar video antivaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LOS ANGELES, California – Pelakon filem Black Panther, Letitia Wright dikatakan menutup akaun media sosialnya selepas berkongsi rakaman video membayangkan bahawa vaksin Covid-19 berisiko menyebabkan ‘anggota baharu tumbuh pada badan manusia’, lapor portal berita Sky News hari ini.

Perbincangan online mengenainya bertajuk Should We Take It? turut dipadamkan.

Klip video yang muncul dalam saluran bertajuk On The Table and Wright faced itu berdepan kritikan hebat dengan rakan pelakon Marvel lain, Don Cheadle menganggap ia sebagai ‘sampah’.

Selepas memberi maklum balas kepada pengikut yang mempersoalkan keputusannya, Letitia, 27 mendakwa bahawa dia telah ‘dibatalkan’.

Kedua-dua akan Twitter dan Instagram aktres itu tidak dapat diakses selepas itu.

“Niat saya adalah untuk tidak melukakan perasaan sesiapa, hasrat saya menyiarkan klip video ini adalah hanya untuk meningkatkan kesedaran tentang apa yang terkandung dalam vaksin dan apa yang kita masukkan ke dalam tubuh kita. Itu sahaja.” katanya di Twitter sebelum akaun tersebut ditutup.

Sebelum ini wujud kebimbangan bahawa kumpulan antivaksin akan menjejaskan kempen pelalian Covid-19 dan menghalang usaha mengawal virus tersebut.

Ahli politik Britain, Jonathan Ashworth, baru-baru ini menyifatkan kandungan antivaksin di media sosial sebagai ‘racun’ dan ‘sampah’, malah menggesa kerajaan menguatkuasakan undang-undang kecemasan untuk membanterasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI