fbpx

Penunggang motosikal maut langgar kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal mangsa yang rosak selepas melanggar dua ekor kambing di Jalan Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru di Alor Gajah, Melaka.

ALOR GAJAH – Seorang pekerja chalet, Muhammad Fahmi Aqil Hasim, 19,  maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar dua ekor kambing dalam kemalangan di Jalan Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru di sini kira-kira pukul 11.20 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari arah Kampung Nelayan menghala ke tempat kerjanya.

“Mangsa melanggar dua ekor kambing dan jatuh terbabas ke sebelah kanan jalan lalu melanggar tiang elektrik. Terdapat kesan geseran di tempat kejadian. Akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya kepada pemberita.

Menurut Arshad, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI