fbpx

Remaja lemas di sungai ketika kutip ulam bersama nenek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Mohd. Irfan dibawa naik ke tebing selepas dijumpai lemas di Sungai Bagan, Kampung Bagan Atas di Machang hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

MACHANG – Seorang remaja, Mohd. Irfan Abdullah, 13, dijumpai lemas ketika membantu neneknya mengutip ulam-ulaman di Sungai Bagan, Kampung Bagan Atas, di sini kira-kira pukul 2.30 petang hari ini.

Penyelia Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Hasri Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.52 petang sebelum 10 pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi dijalankan dengan kerjasama penduduk kampung dan mangsa ditemui oleh bapanya sendiri. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jiran mangsa, Nurul Asha Abd. Rahman, 39, ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh ibu mangsa yang meminta untuk menghubungi pihak bomba.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa mengikut neneknya yang berusia lingkungan 60-an ke Sungai Bagan untuk memetik ulam-ulaman.

Katanya, rakan nenek mangsa yang juga berusia lingkungan 60-an juga hampir lemas, namun sempat diselamatkan oleh dua remaja berusia 14 dan 15 tahun yang sedang menangkap ikan. – – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI