fbpx

Kerajaan terbuka sebarang saranan Bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima memorandum daripada Bersih di Putrajaya hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan Perpaduan terbuka kepada sebarang rekomendasi atau saranan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) khususnya dalam penambahbaikan proses pilihan raya dan reformasi institusi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa saranan Bersih menjadi perhatian beliau dan terdapat antara cadangan dalam memorandum tersebut telah pun berada dalam pertimbangan dan tindakan Kerajaan Perpaduan.

“Hari ini, saya telah menerima Memorandum daripada Bersih di Putrajaya oleh pimpinan Bersih yang diketuai oleh Mohammad Faisal Abdul Aziz.

“Dialog serta ruang bertukar pandangan seperti ini penting bagi memahami aspirasi masyarakat sivil serta cabaran yang dihadapi oleh kerajaan khususnya dalam isu yang dikemukakan dalam memorandum ini,” katanya dalam satu hantaran di aplikasi X hari ini.

Anwar berkata, pendekatan yang lebih inklusif dalam mendengar sendiri pandangan masyarakat sivil seperti Bersih diharap dapat meningkatkan lagi sinergi masyarakat sivil dengan kerajaan dalam proses demokrasi negara.

“Selain itu, dalam pertemuan ini saya juga turut menekankan kepentingan mengukuhkan pendidikan politik dan meningkatkan literasi politik dalam kalangan masyarakat ke arah politik Malaysia yang lebih baik,” ujarnya.

Semalam, hampir 100 peserta #Reformasi100Peratus berkumpul di Plaza Tugu Negara untuk berarak ke bangunan Parlimen bagi mendesak kerajaan menunaikan janji untuk melaksanakan 100 peratus pembaharuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI