fbpx

Berang ditegur, ‘rider’ belasah pengawal keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan ojol terbabit bergaduh dengan pengawal keselamatan yang menegur perbuatan mereka sebelum itu. – Detik

JAKARTA – Gara-gara tidak berpuas hati ditegur oleh pengawal keselamatan, sekumpulan penunggang teksi motosikal (ojol) bergaduh dengan kakitangan tersebut di tepi jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, lapor program berita Liputan6 kelmarin.

Kejadian berlaku pada 23 Februari lalu di kawasan Stesen LRT Kuningan, Jakarta Selatan.

Menurut Pengurus Perhubungan Awam  LRT Jabodetabek, Mahendro Trang Bawono, insiden itu berlaku akibat salah faham antara pengawal keselamatan dengan penunggang ojol.

“Anggota keselamatan yang bertugas ketika itu menegur penunggang ojol agar tidak menunggu penumpang terlalu dekat dengan pintu keluar stesen.

“Ini kerana perbuatan mereka mengganggu aliran keluar masuk pengguna LRT Jabodetabek,” katanya.

Tambah Mahendro, disebabkan enggan menerima teguran tersebut, salah seorang penunggang ojol menjadi berang lalu cuba memukul pengawal keselamatan berkenaan.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, sekumpulan penunggang ojol dilihat mengerumuni beberapa pengawal keselamatan di tepi jalan.

Sebilangan penunggang ojol kemudian cuba memukul pengawal keselamatan sebelum tindakan mereka dihalang oleh orang lain yang berada di situ.

Mehendro berkata, pengawal keselamatan terbabit dirawat di hospital akibat cedera dalam kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Setiabudi, Komisioner Polis Firman berkata, kedua-dua pihak yang bergaduh akhirnya membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah itu secara damai.

“Pihak polis telah memanggil semua pihak  terlibat. Selepas berbincang, mereka memilih untuk berdamai,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI