fbpx

Sekatan jalan raya di Kota Setar ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Shukri mewakili anggota polis Kota Setar menyampaikan sumbangan kepada Nazirah dalam Program Bonet MPV di Kampung Kuala Lanjut hari ini.

ALOR SETAR – Kesemua tiga sekatan jalan  raya (SJR) yang dibuka di tiga kawasan di daerah ini akan ditamatkan pada pukul 12 tengah malam ini.

Ia susulan keputusan kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan memberi kebenaran rentas negeri dan daerah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, tiga SJR terlibat ialah di  plaza tol utara, plaza tol selatan dan Kepala Batas.

Katanya, tiga SJR tersebut dilaksanakan sejak 10 November lalu susulan pelaksanaan PKPB dan dikekalkan walaupun perintah kawalan pergerakan itu berakhir pada 22 November lepas.

“Walaupun PKPB sudah ditamatkan, kita akan terus memantau supaya orang awam sentiasa mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian Covid-19,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, sepanjang tempoh PKPB, sebanyak 51 kompaun dikeluarkan dan antara kesalahan adalah tidak memakai pelitup muka selain tidak mempunyai surat kebenaran rentas daerah.

Terdahulu, Ahmad Shukri menyampaikan sumbangan sempena Program Bonet MPV di Kampung Kuala Lanjut, Mukim Lesong, Pokok Sena.

Dalam program itu, polis Kota Setar menyumbangkan barangan keperluan harian kepada Nazirah Musa, 49, selepas suaminya, Mohd. Tajudin Yob maut dipanah petir semasa menjala ikan di sawah pada 22 November lalu.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI