fbpx

KSM, HRD Corp tingkat pembangunan tenaga kerja menerusi e-LATiH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven Sim (tiga kanan) menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Menandatangan MoU e-LATiH antara HRD Corp dengan 13 rakan strategik di Wyndham Grand Bangsar, hari ini.

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama 13 rakan strategik bagi mengukuhkan akses latihan dan pembangunan tenaga kerja melalui e-LATiH.

MoU itu ditandatangani Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood dengan wakil 13 rakan strategik iaitu Microsoft, LinkedIn, Skillsoft, Harvard Business School Publishing, Go1, Asia eUniversity, Udacity, FutureLearn, Alibaba Cloud, Google Cloud Partner, Accenture, Rosen dan AirAsia Academy.

Ia disaksikan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong bersama Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan Pengerusi HRD Corp, Datuk Abu Huraira Abu Yazid.

Sehubungan itu, Steven Sim berkata, kerjasama tersebut membolehkan HRD Corp menambah akses kepada 160,000 kursus baharu melalui platform pembelajaran dalam talian e-LATiH.

“Setakat ini, kita ada hampir 2,000 kursus percuma dan kursus premium melibatkan pelbagai kemahiran termasuk pengurusan, pemikiran kritis, pemasaran digital, pembuatan dan automasi, kejuruteraan dan perkhidmatan kewangan dan teknologi.

“Jadi, dengan tawaran yang lebih luas, kita sasarkan sebanyak 3 juta enrolmen bagi tahun ini berbanding 1.2 juta yang dicatatkan pada 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Menandatangani MoU e-LATiH antara HRD Corp bersama 13 rakan strategik di Wyndham Grand Bangsar, di sini hari ini.

Pada masa sama, Steven Sim berkata, pihaknya turut melaksanakan penambahbaikan kepada skim Kemudahan Latihan dan Pengubahsuaian (ALAT) dengan membenarkan maksimum 50 peratus daripada baki levi pada 1 Januari dalam tahun permohonan dibuat.

Menurutnya, perkara tersebut akan menggalakkan lebih banyak majikan berdaftar untuk menjalankan dan mengekalkan program latihan dalaman sekali gus menarik lebih banyak bakat untuk keperluan perniagaan.

“Majikan boleh menggunakan untuk membeli ataupun memperolehi alat bantuan latihan di tempat ataupun pejabat mereka. Jadi dengan adanya kedua-dua dasar baharu ini, kita harap penggunaan levi mencecah lebih 90 peratus,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI