fbpx

Ramai ‘pemain warisan’ di Eropah diragui palsu – FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Hamidin ditemui pada sesi Town Hall bola sepak wanita di Petaling Jaya, semalam. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meragui lambakan pemain berdarah warisan yang tular di laman sosial ketika ini benar-benar memiliki darah Malaysia atau sebaliknya.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin percaya status pemain tersebut sebagai spekulasi atau khabar angin yang cuba dimainkan oleh pihak-pihak tertentu.

Kata Hamidin, berdasarkan risikan pihaknya, ramai pemain kacukan yang dicanang sesetengah pihak adalah palsu selain mereka juga bukan rakyat Malaysia.

“Mungkin sesetengah media atau blogger saja buat (dakwaan tersebut), yang mengatakan FAM ada buat ini semua, sebenarnya tak ada pun.

“Saya sudah berjumpa dengan Kim Pan-gon (ketua jurulatih Harimau Malaya) minggu lalu, tiada pun kita buat pemantauan.

“Tetapi ada sesetengah portal cuba menggunakan nama FAM seolah-olah pasukan kita nakkan lagi pemain naturalisasi, tetapi setakat ini tiada.

“Maklumat daripada pegawai saya maklumkan beberapa pemain itu tak boleh, mereka semua bukan orang Malaysia.

“Jadi banyak yang palsu, saya fikir tak perlu nak ambil kira benda itu. Saya nafikan perkara itu semua, kita pun tiada beria-ia sangat.

“Saya sudah tekankan kepada jurulatih dan barisan jurulatih skuad muda untuk menumpukan pemain tempatan bagi melahirkan lebih ramai pemain tempatan sebagai pemain kebangsaan di peringkat umur,” katanya ketika ditemui semalam.

Sebagai rekod, lambakan pemain berdarah kacukan yang berpangkalan di Eropah telah dikenal pasti oleh ejen pencari bakat sehingga tular di laman sosial sejak beberapa bulan lepas.

Antara pemain yang didakwa memiliki salasilah ‘anak Malaysia’ ketika ini adalah Naim Garcia daripada kelab Barcelona, Mats Deijl (Go Ahead Eagles), Sem Scherperman (Heracles Almelo) dan Ferdy Druijf (PEC Zwolle).

Difahamkan, kesahihan mengenai status warisan pemain-pemain ini perlu diperhalusi dahulu oleh pihak kerajaan sebelum diberikan taraf kerakyatan dengan syarat disokong oleh FAM. – KOSMO! ONLIBE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI