fbpx

Enam kertas siasatan dibuka ke atas kilang proses ayam, produk plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Jabatan Imigresen mencatat dokumen pekerja warga asing dalam Operasi Bersepadu Gegar Megah Buruh Paksa dan Pemerdagangan Orang di sebuah kilang di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perak membuka enam kertas siasatan terhadap dua syarikat di Kawasan Perindustrian Gopeng di sini kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Kerja 1955 dan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Pengarah JTK Perak, Muhamad Fauzi Abd. Ghani berkata, kertas siasatan itu dibuka selepas pemeriksaan dijalankan di kilang memproses ayam dan kilang menghasilkan produk plastik.

“Antara kesalahan yang dikesan ialah tiada perakuan penginapan pekerja. Majikan juga gagal mematuhi Akta Kerja 1955 iaitu potongan gaji tidak sah, potongan gaji lebih 50 peratus, bayar gaji secara tunai tanpa kebenaran Ketua Pengarah dan gagal lapor penggajian pekerja asing.

“Kertas siasatan dibuka bagi membolehkan tindakan kompaun dan pendakwaan dijalankan terhadap pihak trlibat,” katanya pada sidang akhbar selepas Operasi Bersepadu Mega Gegar Buruh Paksa dan Pemerdagangan Orang (Op Gegar) di Kawasan Perindustrian Gopeng di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam operasi yang turut disertai Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia itu, pemeriksaan dilakukan terhadap 282 pekerja tempatan dan warga asing.

“Tiada kesalahan dikesan oleh pihak polis dan Perkeso. Bagi JIM pula amaran diberikan kepada majikan supaya hadir ke Bahagian Pekerja Asing Imigresen Ipoh untuk tindakan susulan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI