fbpx

‘Mana Aisy? Aisy sudah tiada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Syafiq merangkul jenazah Muhammad Aisy Saqeef di Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal hari ini.

SEBERANG PERAI – “Mana Aisy. Aisy sudah tiada. Aisy sudah tiada.”

Itu ungkapan yang keluar dari bibir pemain skuad Harimau Malaya, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, saat menunggu jenazah anak lelakinya, Muhammad Aisy Saqeef di pekarangan Unit Forensik, Hospital Sungai Bakap (HSB), Nibong Tebal di sini hari ini.

Situasi itu disaksikan adiknya, Muhammad Zulfadhli, 24, yang berada di sisi abangnya sepanjang menunggu proses bedah siasat.

Menurut Muhammad Zulfadhli, abangnya itu masih trauma dan sukar menerima kejadian yang berlaku.

Malah, Muhammad Zulfadhli berkata, abangnya itu juga menangis setiap kali didekati rakan dan saudara-mara dan enggan bercakap dengan sesiapa kerana terlalu sedih.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi, tiga terbunuh, manakala tiga lagi termasuk Mohammad Syafiq cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyoya Vellfire dipandunya terbabas di kilometer 163.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini.

Antara yang maut, bayi Muhammad Syafiq yang berusia 22 hari, Muhammad Aisy Saqeef, ibu mentuanya, Zainan Wahab, 45, dan wanita warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Muhammad Syafiq dan anak perempuannya berusia 2 tahun Aaira Nur Saffiyya hanya cedera ringan, manakala isteri yang sedang berpantang, Nur Amalina Norain, 25, parah dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI