fbpx

Dewan Rakyat lafaz ikrar taat setia kepada Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Majlis Parlimen Ke-15 mewakili Dewan Rakyat hari ini merafak sembah ucapan tahniah dan ikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Anwar berkata, beliau berkeyakinan bahawa kerajaan dan rakyat akan mendapat limpah rahmat serta kesejahteraan daripada pemerintahan seorang raja yang adil, bijaksana, juga prihatin terhadap rakyat jelata mahupun negara.

“Saya ingin menyatakan bahawa Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-1y7 yang diadakan sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-264 (Khas) pada Rabu, 31 Januari 2024 telah menyaksikan pelantikan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim bagi tempoh lima tahun mulai 31 Januari 2024.

“Sebagai teras pemerintahan Raja Berperlembagaan, saya amat berkeyakinan dengan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong kelak, Malaysia bakal diberkati dengan nikmat perpaduan dan kemakmuran yang berpanjangan,” katanya di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut merafak sembah ucapan menjunjung kasih dan penghargaan Dewan Rakyat kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut Anwar, Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang telah menaungi negara dan rakyat selama lima tahun yang lalu dengan penuh adil dan bijaksana.

“Saya yakin seluruh rakyat jelata merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Tuanku dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

“Semoga Tuanku dan Tengku Ampuan Pahang serta seluruh kerabat sentiasa dilindungi dan dilimpahi taufik dan hidayah oleh Allah S.W.T dipanjangkan umur, diberkati dengan kesihatan dan sejahtera selalu. Moga Tuanku berdua terus dilimpahi dengan segala kehormatan serta kebesaran dan sentiasa dalam perlindungan Allah S.W.T,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI