fbpx

MSSM kutip 8 pingat emas, enam pingat perak di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kontinjen negara diwakili 12 atlet murid terbaik dari seluruh negara diiringi dengan tiga pegawai ke pertandingan antarabangsa WA State Track & Field Championships 2024 di Perth, Australia.

PUTRAJAYA – Pasukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) berjaya meraih lapan pingat emas dan enam pingat perak dalam pertandingan antarabangsa WA State Track & Field Championships 2024 di Perth, Australia.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, pertandingan yang berlangsung pada 22 Februari hingga Ahad itu diwakili 12 atlet murid terbaik dari seluruh negara diiringi dengan tiga pegawai.

Ujarnya, pingat emas diraih menerusi Muhammad Faheem Haziq Mohd. Hasrul, bagi acara 3000 meter (m) Jalan Kaki lelaki bawah 15 tahun dan Muhamad Thaqif Ukasyah Mohd. Rady (Lompat Tinggi lelaki bawah 14 tahun).

“Turut mengutip pingat emas adalah Randy Ryann Samson bagi acara Lompat Kijang lelaki bawah 16 Tahun, Amirul Syakir Mohd. Hanafi (100m lelaki bawah 15 tahun) dan Wan Muhammad Hariz Wan Mohd. Hafiz, (100m lelaki bawah 16 tahun).

“Pingat emas juga diraih oleh Mohammad Syahzwan Willian bagi acara Lontar Peluru lelaki bawah 15 Tahun, Nurelfira Umaira Mohd. Yusuf (80m Lari Berpagar perempuan bawah 14 tahun) dan Amirul Syakir Mohd. Hanafi (200m lelaki bawah 15 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, bagi pingat perak negara pula, KPM berkata, Nurelfira Umaira Mohd. Yusuf berjaya mendapatkan tempat dalam acara 200m Lari Berpagar perempuan bawah 14 tahun.

Ujarnya, turut menyumbangkan pingat perak adalah Mohammad Syahzwan Willian bagi acara Lempar Cakera lelaki bawah 15 tahun, Randy Ryann Samson (Lompat Jauh lelaki bawah 15 tahun) dan Muhammad Syukri Nazim Mydin (800M lelaki bawah
16 tahun).

“KPM sentiasa komited dalam usaha membangunkan potensi dan bakat murid dalam sukan.

“Ini dilaksanakan menerusi pertandingan di pelbagai peringkat serta program sukan berimpak tinggi di 5 buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM), 15 buah Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan 612 buah Pusat Latihan Daerah (PLD) di seluruh negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI