fbpx

Penunggang motosikal maut selepas hampir 10 jam bertarung nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal meninggal dunia semalam selepas hampir 10 jam bertarung nyawa di Hospital Queen Elizabeth (HQE). -Foto PDRM

PENAMPANG – Selepas hampir 10 jam bertarung nyawa ekoran terlibat kemalangan, seorang penunggang motosikal meninggal dunia pagi semalam.

Lelaki berusia lingkungan 40 tahun berkenaan disahkan menghembuskan nafas terakhir pukul 9.25 pagi ketika mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam pada Ahad itu, motosikal yang mangsa tunggang dipercayai terbabas sehingga masuk ke dalam parit di Jalan Kampung Tunon.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa menunggang motosikal datang dari arah Jalan Tambunan menuju ke Pekan Donggongon.

“Bagaiamanapun, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya ketika tiba di lokasi kejadian sebelum terbabas sendiri ke kiri bahu jalan sehingga masuk ke dalam parit.

“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera di bahagian kepala dan dibawa ke HQE untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan dan es disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI