fbpx

Ameer Safone mahu tembusi pasaran minyak wangi antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirul Safuan {berkerusi roda} semasa majlis pelancaran minyak wangi Ameer Safone baru-baru ini.

PETALING JAYA – Status sebagai orang kelainan upaya (OKU) tidak menjadi penghalang kepada pengasas haruman Ameer Safone, Amirul Safuan Mohd Ishak untuk meneroka bidang itu diperingkat antarabangsa.

Amirul Safuan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Ameer Safone Ventures berkata, meskipun empayarnya itu masih ‘muda’, namun dia tetap yakin jenamanya itu bakal menembusi pasaran antarabangsa pada masa akan datang.

“Walaupun kita masih baru dalam bidang ini, tetapi sasaran saya adalah supaya haruman jenama Ameer Safone ini dapat menembusi pasaran antarabangsa terutamanya di Asia Tenggara.

“Sebagai permulaan kita akan cuba tembusi pasaran Singapura, Brunei dan Indonesia. Kemudian kita akan ke beberapa negara lain,”katanya kepada Kosmo! pada majlis pelancaran minyak wangi jenama Ameer Safone di ibu kota baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, tiga haruman diperkenalkan dibawah jenama Ameee Safone iaitu Srikandi, Bahaduri, dan Mahkota.

Amirul Safuan berkata ketiga-tiga wangian itu dikeluarkan secara terhad dengan 200 botol sahaja dan pembelian pula secara atas talian bermula dari harga RM270 hingga RM310.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kekuatannya untuk membangunkan jenama minyak wangi sendiri itu adalah daripada inspirasi arwah ibunya yang suka mengumpul wangian terutamanya dari Timur Tengah.

‘‘Minyak wangi mempunyai tempat yang istimewa di hati saya kerana ia mengingatkan saya kepada Allahyarhamah ibu tercinta.

“Ia benar-benar berfungsi sebagai sebuah mesin masa yang membawa kita kembali kepada memori, kenangan terindah atau detik-detik nostalgia,”katanya yang merancang untuk membuka sebuah butik eksklusif dalam masa terdekat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI