fbpx

Nazim Othman bengang nama disalah guna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazim kesal namanya disalah guna oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

PETALING JAYA – Pelakon Nazim Othman kecewa ekoran terdapat individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan namanya bagi menipu duit orang lain.

Perkara tersebut dikongsi Nazim dalam satu hantaran Instagram semalam yang memaparkan beberapa tangkap layar perbualannya dengan seorang wanita bernama Nursuriani yang didakwa sebagai scammer.

Dedah pemilik nama sebenar Nushrul Alif Othman, 36, itu, dia menerima mesej daripada seorang wanita bernama Norliana yang bertanya sama ada Nursuriani ialah pembantu peribadinya.

“Liana menunjukkan beberapa tangkap layar perbualan dalam WhatsAppnya dengan Suriani serta memaparkan dia memindahkan sejumlah wang kepada akaun bank milik wanita itu.

“Saya tidak kenal Suriani, jadi saya pun mesejnya untuk bertanya kebenaran dan dia menjawab ya selain mengaku dirinya juga seorang mangsa,” katanya.

 

Tangkap layar perbualan antara Nazim bersama wanita bernama Suriani.

Difahamkan, dalam perbualan tersebut, Suriani turut mengakui duit yang diterima daripada Liana itu adalah untuk pembelian mata wang bitcoin.

Menurut pelakon drama Pengantin Satu Malam itu lagi, perkara tersebut telah menimbulkan banyak kekeliruan selepas Suriana juga mendakwa dia seorang mangsa penipuan.

“Saya semakin keliru dan kesian dengan nasib Liana kerana telah menjadi mangsa penipuan.

“Perkara ini membuatkan saya marah kerana mengetahui ada individu yang menggunakan nama saya untuk menipu orang lain. Apa pendapat anda tentang perkara ini?,” tulis Nazim lagi.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi daripada Nazim tentang perkara tersebut termasuklah sama ada dia sudah membuat laporan polis untuk membersihkan namanya ataupun tidak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI