fbpx

Anwar harap sidang Parlimen kali ini kukuh kerjasama semua pihak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) hadir pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap persidangan Parlimen kali ini menguatkan lagi kerjasama semua pihak bagi membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat.

Hasrat tersebut disampaikan melalui satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Terdahulu, Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menghadiri istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Turut hadir ialah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Istiadat tersebut merupakan pembukaan Parlimen pertama oleh Sultan Ibrahim sejak mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI