INSTAGRAM pelakon Anushka Sharma dan suaminya, Virat Kohli dibanjiri ucapan tahniah dengan kelahiran cahaya mata kedua mereka pada 15 Februari lalu.
Biar hanya mengumumkan berita gembira itu lima hari kemudian, peminat serta rakan seperjuangan pasangan terbabit tetap mendoakan bayi diberi nama Akaay itu membesar dengan sihat.
Berita kehadiran orang baharu dalam keluarga kecil bintang Bollywood dan kapten pasukan kriket India itu menjadi bualan selepas mereka dikatakan sengaja memilih melahirkan anak kedua di Britain.
Rata-rata netizen beranggapan pasangan terbabit memilih melahirkan Akaay di London untuk memudahkan urusan mendapatkan taraf sebagai warganegara Britain.
Selain Akaay, mereka juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Vamika, 3, yang dilahirkan di India.