fbpx

Ajay Devgan pernah disihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AJAY DEVGAN

JARANG diajukan tawaran membintangi filem genre seram, Ajay Devgan mengakui teruja dapat beraksi dalam sebuah naskhah berkisar cerita paranormal berjudul Shaitaan.

Turut bertindak sebagai penerbit, katanya karya yang turut membariskan R Madhavan dan Jyotika sebagai teraju utama itu bersandarkan kisah benar membabitkan dirinya.

Biarpun hidup dalam arus kemajuan teknologi, masih ada individu atau pihak tidak bertanggungjawab menggunakan ilmu hitam demi kepuasan diri.

Suami kepada aktres Kajol itu mendedahkan pernah berdepan pengalaman paranormal ketika 10 tahun terawal pembabitannya dalam arena hiburan Bollywood.

Menurutnya, peristiwa berdepan hal misteri disebabkan sikap dengki pihak lain nyaris beri impak terhadap kariernya, namun perkara itu dapat diatasi dengan sokongan keluarga terdekat.

Ajay juga berharap penerbitan filem Shaitaan dapat mencetuskan kesedaran banyak pihak supaya jauhi anasir tidak elok termasuk sihir demi ketenangan hidup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI