fbpx

Guardiola lega skuad kembali sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA (kiri) tidak bimbang mengenai jadual perlawanan kerana pemain-pemainnya sudah kembali pulih daripada kecederaan. – AFP

LONDON – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola menegaskan, beliau tidak boleh terlalu bergantung kepada pemain ter­tentu, sebaliknya me­nuntut komitmen penuh daripada seluruh pasukan untuk mengharu­ngi baki ­saingan mencabar selepas ini.

Selepas sekadar me­­nang 1-0 ke atas Bournemouth kelmarin, Guardiola mahu anak-anak buahnya bersaing se­sama sendiri untuk merebut tempat menje­lang aksi pusingan kelima Piala Fa menentang Luton Town di Kenilworth Road awal pagi esok.

Paling menggembirakan Guar­diola apabila dua pertahanannya, John Stones dan Manuel Akanji kembali me­nemui sentuhan terbaik selepas me­ngalami kecede­raan, malah Josko Gvardiol juga hampir pasti kembali menyertai pasukan.

“John (Stones) ber­depan banyak kesuka­ran sepanjang musim ini, situasinya cukup berbeza berbanding Phil Foden yang hanya memerlukan dua sesi latihan untuk kembali cergas sepenuhnya.

“Keadaannya sukar, namun selepas kembali dia sudah pun bermain dengan baik.

“Semua orang adalah watak penting, Kevin De Bruyne sudah mendapat minit permainan, begitu juga dengan Jack Grealish. Sudah pasti kami akan menurunkan mereka pada perlawanan selepas ini kerana kami sekarang memerlukan khidmat semua pemain,” katanya.

Dalam masa sama, Guardiola juga membayangkan pasukannya kini berdepan isu keletihan selepas mengharungi jadual padat, namun bertegas keinginan pasukan cukup jelas iaitu memastikan kemenangan.

“Sudah pasti kami letih, tetapi inilah hakikatnya. Kami perlu segera jalani proses pemulihan, dapatkan tidur dan makan yang mencukupi.

“Walaupun ia mencabar, kami akan melakukan semua itu untuk harungi segala cabaran selepas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI