PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi jamin kerajaan akan memberi komitmen yang tiggi pada sidang Dewan Rakyat kali ini.
Ahmad Zahid berkata, beliau bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh barisan Ahli Parlimen telah bersedia sepenuhnya untuk sesi perbahasan Titah Diraja yang akan bermula esok.
“Pagi ini saya telah hadir ke Parlimen dan mendengar Titah Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 yang bermula hari ini.
“Titah Tuanku yang sarat dengan pesanan buat semua Ahli-Ahli Parlimen mengamati, perhalusi dan dijadikan sebagai panduan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen.
Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah. – KOSMO! ONLINE