fbpx

Nikmati juadah tradisional, antarabangsa di Food Network, Summit USJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara hidangan yang terdapat di Restoran Kampung Lah, di pusat beli-belah Summit USJ.

PETALING JAYA – Orang ramai berpeluang merasai pelbagai juadah masakan menarik tempatan dan antarabangsa apabila berkunjung ke pusat beli-belah Summit USJ, di Subang Jaya dekat sini.

Ibarat syurga makanan, kira-kira 12 gerai disediakan dalam ruang Food Network khusus kepada pengunjung di aras G, pusat beli-belah terbabit.

Pengendali Food Network berkata, antara hidangan istimewa yang terdapat di ruang itu adalah air tangan Cef Ibnu Firqhud Hazizan dari Restoran Kampunglah.

Katanya, restoran berkenaan menawarkan pelbagai masakan kampung menyelerakan seperti masak lemak daging salai, gulai rebung, sambal sotong dan ayam masak merah.

“Pengunjung pastinya tertarik ke The Great Hall Theme Cafe kerana ia menawarkan makanan barat seperti burger, pasta dan minuman yang turut didatangkan dalam hidangan set.

“Bagi pengunjung yang menyukai cita rasa tempatan, anda boleh menikmati hidangan seperti nasi lemak dan nasi ayam di vendor Cik Cha Nasi Lemak dan Nasi Ayam Makchick,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, ruang Food Network turut menawarkan vendor seperti Selera Padang, Sizzling Thai, Mee Sotong Hj Tamin buat pengunjung yang mahukan hidangan berkonsepkan street food.

Pada masa sama kata penganjur, pengunjung berpeluang membawa anak-anak ke Galeri Great Hall di Food Network yang menampilkan pelbagai figura daripada pelbagai siri animasi dan filem.

“Peminat patung aksi boleh datang ke sini untuk melihat sendiri koleksi tersebut dan mendapatkan pengalaman yang pasti tak akan dilupakan selain boleh menambah koleksi kegemaran masing-masing,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI