fbpx

Mahkamah: Bekas pekerja restoran didakwa bunuh rakan senegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasang (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pekerja restoran warganegara Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya yang didakwa berkaitan isu hutang dua minggu lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Hasang, 24, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Lelaki itu didakwa membunuh Kyaw Kyaw kira-kira pukul 12 tengah malam dan 4 pagi, 13 Februari lalu di gelanggang bola keranjang di taman permainan sebuah kawasan perumahan di Bandar Menjalara, Kepong di sini.

Pertuduhan dikenakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan 12 sebatan minimum.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan kes disebut pada 28 Mei ini.

Menurut laporan media sebelum ini, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada seorang pegawai perubatan sebuah hospital swasta yang memeriksanya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, mangsa dibawa ke hospital dengan kecederaan pada leher, dada dan tangan serta kesan lebam pada badan.

Ahmad Sukarno berkata, siasatan awal dilakukan mendapati mangsa bersama empat rakan senegaranya minum minuman keras di gelanggang bola keranjang berkenaan pada hari kejadian.

Ujarnya, perselisihan faham berlaku apabila mangsa dipercayai enggan menjelaskan hutangnya sebanyak RM2,500 kepada salah seorang rakan yang bertindak mencucuk leher mangsa menggunakan serpihan botol arak. . – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI