fbpx

Warga asing dikesan lari dari kawasan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong menunjukkan kawasan yang dikenakan PKPD iaitu flat-flat di Persiaran Paya Terubong, Relau dan Flat Desa Bistari Blok A dan B, Batu Uban bermula 7 hingga 20 Disember.

GEORGE TOWN – Terdapat warga asing dikesan bertindak melarikan diri daripada Flat Desa Bistari Blok A dan B, Batu Uban di sini selepas kawasan itu diumumkan bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok sehingga 20 Disember.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, jumlah warga asing yang melarikan diri daripada kawasan berkenaan masih belum dapat dipastikan namun pihaknya telah meminta penduduk setempat untuk bekerjasama dengan pihak polis bagi mendapatkan maklumat mereka yang terlibat.

“Kita ada menerima laporan setelah PKPD diumumkan, terdapat warga asing dilihat meninggalkan kediaman mereka di flat berkenaan.

“Pihak polis ingin menasihatkan agar mereka kembali ke kediaman masing-masing atau tindakan undang-undang akan diambil sekiranya mereka ditangkap,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

PKPD bakal dilaksanakan membabitkan dua lokaliti zon merah iaitu flat-flat di Persiaran Paya Terubong, Relau dan Flat Desa Bistari Blok A dan B, Batu Uban. Kedua-dua penguatkuasaan adalah bermula esok sehingga 20 Disember.

PKPD di 13 blok flat di Persiaran Paya Terubong melibatkan 10,000 penduduk manakala sebanyak 2,300 penduduk terlibat di Flat Desa Bistari Blok A dan B, Batu Uban.

Menurut beliau, penduduk di Flat Desa Bistari Blok A dan B, Batu Uban itu kebanyakkan dihuni oleh warga asing yang bekerja di pelbagai sektor di negeri ini.

“Mereka yang meninggalkan kediaman ini berisiko untuk menyebarkan wabak Covid-19 kepada orang lain dan kita nasihatkan sesiapa yang terlibat dengan PKPD ini untuk kekal di kawasan masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, penugasan PKPD di flat-flat di Persiaran Paya Terubong, Relau dan Flat Desa Bistari Blok A dan B, Batu Ubat disertai seramai 237 anggota terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta lain-lain agensi.

“Jalan utama di Paya Terubong tidak ditutup dan orang ramai masih boleh melalui jalan utama di luar kawasan PKPD.

“Dua sekalan jalan raya akan diadakan di Flat Paya Terubong serta satu sekatan jalan raya di Flat Desa Bestari dan pihak polis akan membina check point bagi memantau penduduk terlibat di mana tiada pergerakan keluar masuk dibenarkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI