fbpx

Budak lelaki disangka lemas ikut serta operasi menyelamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Budak lelaki itu duduk di barisan hadapan dalam kalangan orang ramai. - Cakrawala

JAKARTA, Indonesia – Seorang kanak-kanak lelaki yang didakwa lemas di dalam sebatang sungai di Brebes, wilayah Jawa Tengah tular kerana menonton operasi pihak berkuasa bagi mencarinya, lapor portal berita Cakrawala kelmarin.

Dia mandi seorang diri di sungai berkenaan pada Khamis lalu, manakala rakan-rakan yang berada di lokasi kejadian tidak menyertainya.

Selepas mandi, budak lelaki itu pulang ke rumah dan tidur tanpa memaklumkan kepada rakan-rakannya. 

Penduduk kampung kemudian menyangka budak lelaki itu lemas.

Operasi mencari mangsa di sungai itu seterusnya dilancarkan oleh pasukan sukarelawan yang dibantu Tentera Indonesia, Polis Indonesia dan Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD). 

Ketika kejadian, kanak-kanak itu menonton operasi pencarian di barisan hadapan tanpa menyedari bahawa dia sedang dicari oleh pasukan penyelamat dan penduduk kampung. 

Operasi itu kemudian ditamatkan sekitar pukul 10.38 malam (waktu tempatan). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI