fbpx

Bendera JDT dikibar separuh tiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bendera JDT dikibarkan separuh tiang sebagai penghormatan kepada Syafiq Ahmad yang kehilangan anak serta ibu mentua akibat kemalangan jalan raya di Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengarahkan agar bendera Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim diturunkan separuh tiang sebagai tanda penghormatan kepada penyerang mudanya, Muhammad Syafiq Ahmad yang terlibat dalam kemalangan, pagi ini.

Kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi skuad Harimau Selatan itu turut memberitahu, stadium berkenaan akan diterangi dengan lampu putih dan mesej takziah akan dipaparkan di skrin besar.

“Upacara tahlil juga akan diadakan selama tiga hari,” tambah kenyataan tersebut.

Muhammad Syafiq Ahmad, 25, terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya yang berusia 22 hari, di Nibong Tebal, Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri itu, turut maut dalam kemalangan itu ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Sementara itu, isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah, manakala Muhammad Syafiq dan anak perempuannya dilaporkan mengalami kecederaan ringan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI