PETALING JAYA – Aliran trafik sesak di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) berikutan pertambahan kenderaan sejak tengah hari tadi.
LPTTrafik menerusi hantaran di aplikasi X memaklumkan, kesesakan jalan tersebut membabitkan beberapa laluan utama termasuk kenderaan yang memasuki ibu negara.
“Di laluan Kuala Lumpur-Karak, trafik perlahan dari arah barat 700 meter di Kilometer (KM) 64.7 hingga KM64 (Bentong), manakala kesesakan 12.9km dari KM62 hingga KM49.1 (Bukit Tinggi).
“Sementara itu, kesesakan sepanjang 1.2 km dilaporkan dari km KM46.3 hingga KM45.1 (Bukit Tinggi) dan sesak sejauh 11.4 km dari KM31.2 hingga ke Plaza Tol Gombak,” katanya.
Dalam pada itu, meninjau keadaan trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan pula, beberapa laluan turut mengalami kesesakan ketika ini.
“Arah utara melibatkan Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Pedas Linggi ke Port Dickson, Seremban ke Bandar Ainsdale, selepas Plaza Tol Sungai Besi ke arah pusat bandar raya.
“Arah selatan melibatkan kawasan hentian Rehat dan Rawat Seremban, Sedenak ke Kulai dan Kempas ke Pasir Gudang,” kata Lembaga Lebuhraya Malaysia di Facebook.