fbpx

EPL: Arsenal kembali susun langkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL kembali dalam persaingan untuk merebut gelaran EPL musim ini apabila hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu ketika ini.

LONDON – Arsenal terus memberi tekanan terhadap Liverpool dan Manchester City dalam perebutan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas membelasah Newcastle United 4-1 di Emirates awal pagi semalam.

Gol menerusi Kai Havertz, Bukayo Saka, Jakub Kiwior dan jaringan sendiri Sven Botman menyaksikan The Gunners kini hanya dibezakan dua mata dengan Liverpool yang gah di persada liga mengumpul 60 mata.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyuarakan rasa gembira atas kemenangan tersebut kerana menganggap Newcastle sebagai salah sebuah pasukan terbaik dalam saingan Liga Perdana musim ini.

“Saya sangat gembira dengan aksi ditampilkan semua pemain pada hari ini (semalam), lebih-lebih lagi berdepan Newcastle yang boleh dikatakan salah sebuah pasukan terbaik dalam liga.

“Pemain-pemain Arsenal bermain cukup baik dan sangat agresif, jadi kami memang layak untuk menang. Mereka cuba berikan masalah kepada kami, namun kami mampu untuk mengekalkan rentak permainan,” katanya.

Jelas pengendali dari Sepanyol itu, beliau menjadikan kekalahan kepada FC Porto dalam saingan Liga Juara-Juara minggu lalu sebagai pengajaran untuk mereka bangkit menewaskan The Magpies.

“Ketika bertemu Porto, kami hanya boleh menjadi diri sebenar ketika memegang bola. Justeru, ia menjadi pengajaran berguna untuk kami memperbaiki kesilapan itu ketika bertemu Newcastle,” ujar Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI