fbpx

Bayern belum putus asa pertahan trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE muncul wira Bayern apabila meledak gol kemenangan menewaskan Leipzig 2-1 di penghujung perlawanan. - AFP

MUNICH – Penyerang Bayern Munich, Harry Kane menegaskan, dia dan rakan sepasukannya sama sekali belum menyerah kalah dalam perebutan kejua­raan Bundesliga musim ini susulan kemenangan 2-1 ke atas RB Leipzig awal pagi tadi.

Kemenangan di Allianz Arena itu secara tidak langsung menamatkan rekod buruk Bayern yang sebelum ini mengalami tiga kekalahan berturut-turut buat kali pertama sejak 2015.

Kane, 30, bertekad untuk memberikan segala-galanya buat Bayern memandangkan masih ada banyak perlawanan lagi untuk menjuarai trofi pertama dalam kariernya sama ada Bundesliga atau Liga Juara-Juara.

“Kami perlu terus memberikan tekanan kepada (Bayer) Leverkusen yang ketika ini mengungguli carta Bundesliga. Kami harus mengekalkan apa yang kami lakukan jika mahu me­raih kejayaan.

“Saya anggap ini satu kemenangan yang amat manis kerana saya meledak gol kedua di penghujung perlawanan. Kami tidak boleh selesa kerana ada banyak lagi perlawanan sehingga tamat musim,” katanya.

Penggempur prolifik England itu membuka tirai jaringan pada minit ke-56 sebelum Benjamin Sesko mengikat kedudukan buat Leipzig tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, bekas ­penyerang Tottenham Hotspur itu sekali lagi menjadi penyelamat Bayern apabila meledak gol kemenangan di penghujung perlawanan, sekali gus merekodkan jaringan peribadi ke-27 dalam saingan Bundesliga musim ini.

Secara keseluruhan, Kane yang dibeli daripada Spurs ­dengan harga €110 juta (RM569.49 juta) termasuk bonus pada Ogos tahun lalu, kini sudah meledak 31 gol dalam 31 perlawanan ­untuk semua kejohanan bersama ­Bayern. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN