fbpx

Merempit guna nombor pendaftaran palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara suspek ditahan merempit di Lebuh Raya Duke.

PETALING JAYA – Helah seorang remaja lelaki memalsukan nombor pendaftaran motosikal untuk merempit gagal mengelirukan pihak polis selepas dia ditahan awal pagi tadi.

Suspek berusia 17 tahun itu ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan yang diketuai Inspektor Solihi Shafie bersama anggota Unit Risikan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur bermula pukul 1.30 hingga 4 pagi.

Selain suspek, empat lagi rakannya turut ditahan di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) ketika melakukan aksi berbahaya di kawasan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan itu dikesan di lokasi pusat bandar sebelum didapati merempit di DUKE.

Katanya, hasil siasatan lanjut mendapati suspek menunggang motosikal jenis Honda Dash itu menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi tujuan merempit.

“Dalam operasi itu, kita turut menahan empat lelaki lagi yang turut melakukan aksi berbahaya termasuk meniarap di atas motosikal masing-masing.

“Kesemua mereka yang ditahan berusia lingkungan 17 hingga 30 tahun. Tiga daripada mereka merupakan mekanik motosikal manakala dua lagi penghantar makanan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya lagi, dua daripada suspek yang ditahan itu tidak mempunyai lesen memandu.

“Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI