fbpx

Wanita maut tersepit SUV bertembung trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita maut selepas kenderaan jenis Perodua Kembara dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Lumat, Beaufort petang semalam. -Foto: Ihsan Bomba.

BEAUFORT – Seorang wanita maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Kembara yang dipandu bertembung dengan trak pikap di Jalan Lumat di sini petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Jeliha Echek, 46, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Empat mangsa termasuk dua kanak-kanak yang menaiki trak pikap jenis Toyota Hilux hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Penolong Penguasa Bomba Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.03 petang.

“Sebuah jentera Fire Rescue Tender dan satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama 10 anggota bomba dihantar ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan dua kenderaan jenis Toyota Hilux dan Perodua Kembara.

“Pemandu Perodua Kembara tersepit dan dikeluarkan pasukan bomba namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohammad Hasbullah memaklumkan semua mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Beaufort menaiki kenderaan awam. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI