PETALING JAYA – Sebanyak 12 kawasan di empat buah negeri diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga).
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataannya berkata, keadaan itu menyebabkan suhu maksimum harian berada di antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
“Terdapat 11 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Perlis, Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Kulim di Kedah dan Kuala Kangsar di Perak.
“Sementara itu di Sabah, kawasan terlibat adalah di Beaufort,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE