fbpx

Festival Lentera dibuka malam ini, sasar 1.5 juta pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung yang hadir pada Festival pencahayaan edisi khas, Festival Lentera Sisiran Tasik Putrajaya 2024, malam ini. Foto FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Festival pencahayaan edisi khas, Festival Lentera: Sisiran Tasik Putrajaya 2024 yang dibuka mulai malam ini hingga 3 Mac depan, menyasarkan 1.5 juta pengunjung.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Fadlun Mak Ujud berkata, festival julung kali itu berlangsung di Anjung Floria, Presint 4, di sini dan dibuka bermula pukul 5 petang hingga 11 malam.

Beliau berkata, Festival Lentera itu diadakan bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 dan Ulang Tahun Penubuhan Perbadanan Putrajaya yang ke-28 pada 1 Mac.

“Berkonsepkan ’Tradisi & Cahaya’, keunikan dan identiti festival ini adalah pertunjukan pencahayaan ‘Grand Light Symphony’ dan ’Musical Fountain’ di Tasik Putrajaya.

“Festival ini turut dimeriahkan dengan elemen pertunjukan kebudayaan tradisional Melayu, Cina, India dan Borneo yang dibawakan oleh pasukan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN),” katanya.

Tiket masuk ke Festival Lentera boleh dibeli secara dalam talian dan di pintu masuk dengan harga RM10 bagi dewasa serta RM5 bagi kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun dan warga emas, manakala bagi bukan warganegara pula, RM30 (dewasa) dan RM15.00 (kanak-kanak 4 hingga 12 tahun). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI