fbpx

Suami sewa papan iklan ucap hari lahir pada wanita istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan ucapan hari lahir pada sebuah papan iklan. - TikTok

JAKARTA – Tindakan seorang suami yang menayangkan ucapan hari lahir isterinya pada sebuah papan iklan di tepi jalan raya mendapat perhatian netizen Indonesia, lapor portal berita Wolipop.

Mereka mendakwa bahawa reka bentuk ucapan hari lahir itu unik seperti iklan kempen calon pilihan raya.

Sebuah klip video yang merakamkan ucapan hari lahir itu dimuat naik dalam akaun TikTok @awhehee. 

“Selamat hari lahir dan selamat hari ulang tahun perkahwinan isteriku. Saya tidak bertanding, saya hanya menyambut hari lahir,” demikian ucapan pada papan iklan itu.

Wolipop telah menghubungi pemilik akaun TikTok, Asih Widyowati yang memuat naik video tersebut.

Menurut Asih, papan iklan ucapan hari lahir itu berada di persimpangan lampu merah Hospital Yakum di wilayah Jawa Tengah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI